Hutan Lipur De Bana

Picture 015 8 d783fc73bc

 

Hutan Lipur de Bana atau kini dikenali sebagai Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) Hutan Lipur De Bana merupakan hutan dipterokarpa pamah yang terletak di daerah Serting, Negeri Sembilan. Hutan Lipur de Bana terletak di kawasan Lui dan merupakan sebahagian daripada hutan simpan Pasoh yang berada pada ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut. Lokasi kawasan ini terletak 18 kilometer dari Pekan Serting melalui Jalan Bahau-Serting dan 96 kilometer dari Bandar Seremban. Hutan Lipur De Bana terletak di dalam Hutan Simpan Pasoh yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. Sebaik sahaja masuk ke kawasan ini, kita boleh lihat gunung-ganang yang menjadi latar belakang hutan lipur ini manakala di sebelah kanannya pula terdapat 'dinding' batu setinggi hampir 5 hingga 6 meter merentangi kawasan ini. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan.

Selain dibangunkan sebagai kem latihan untuk para pelatih PLKN, hutan ini juga dibuka untuk orang ramai yang ingin beriadah dan berkelah di air terjun yang terdapat di sini. Kawasan sekitar yang bersih dan nyaman sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul seisi keluarga. Bagi yang suka akan cabaran, boleh mencuba aktiviti jungle trekking dengan meredah denai dan hutan mengikut laluan yang disediakan. Hutan Lipur de Bana dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Timur,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel : 606-4811 036
Faks : 606-4842 171
 
 

 
logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia