Hutan Lipur Serting Ulu

a1 4
IMG 0311

 

Hutan Lipur Serting Ulu terletak di hujung Kampung Serting Ulu kira-kira 20 kilometer di bahagian utara dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada tahun 1986. Hutan Lipur Serting Ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda. Jeram Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehingga kehadiran pengunjung tidak pernah putus. Perjalanan ke sini menawarkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan seni bina Minangkabau. Tempat ini mempunyai nilai sejarah yang tidak boleh diketepikan kerana kawasan ini pernah menjadi medan pertempuran antara pihak Komunis dan Jepun. Antara kemudahan yang disediakan di sekitar kawasan jeram ini adalah pondok berkelah, tangga untuk pendakian, surau, tandas dan bilik persalinan. Terdapat juga sebuah chalet bagi memenuhi kehendak pengunjung yang ingin bermalam di kawasan ini.

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia