Hutan Lipur Jeram Tengkek

Hutan Lipur Jeram Tengkek 16

 

Jeram Tengkek terletak di Hutan Simpan Serting dan merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis fauna seperti unggas dan serangga. Jeram ini terbentuk secara semula jadi daripada aliran deras dari Sungai Jempol dan Sungai Tanun. Kawasan ini amat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah, bermandi-manda dan berkhemah. Di samping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati. Nama "TENGKEK" dikaitkan dengan pendakian bukit yang bertingkat-tingkat oleh peneroka sehingga mereka terpaksa menggunakan tongkat untuk mendaki. Kewujudan batu besar yang mempunyai lekuk di bahagian tengahnya dikatakan adalah kesan daripada jejak kerbau dan jejak kanak-kanak pada suatu masa dahulu. Batu-batu kecil yang terdapat di jeram ini dahulunya dipanggil sebagai kapok dan dipercayai digunakan sebagai kapok padi.

 

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia