Teratak Za'ba

photo4jpg

 

Teratak Za'ba telah siap dibina pada 5 Februari 2001 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad. Teratak ini dibangunkan hasil cetusan idea Budayawan,Tan Sri Samad Idris selepas melawat rumah penyair Inggeris William Shakespeare di Stratford-Upon-Avon,England. Teratak ini diabadikan sebagai tempat bersejarah bagi mengenang jasa-jasa beliau kepada masyarakat melalui buku-buku karangan yang bercorak ilmiah dan memberi kesan mendalam malah akan menyemarakkan semangat patriotisme kepada masyarakat. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan (Minangkabau). Antara ciri-ciri pertukangan melayu yang terdapat pada bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak. Segala buku hasil penulisan Za'ba, gambar kenangan serta barang peninggalan beliau ada ditempatkan di dalam teratak ini. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud pada zaman kehidupan Za’ba.

Alamat: Kampong Bukit Kerdas, 72200,Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 pagi - 5.30 petang)

Bayaran Masuk: Percuma

Tel: 06 498 5193

 

 

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia