Homestay Kampung Lonek

 

WhatsApp Image 2019 10 16 at 09.09.50

 

Homestay Kampung Lonek terletak di Daerah Jempol dan merupakan salah satu destinasi pelancongan di sini. Homestay ini mula diperkenalkan pada bulan Disember 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2005. Homestay Kampung Lonek berkonsepkan  kehidupan kampung yang mempunyai tarikan-tarikan keindahan alam semula jadi, tradisi warisan kebudayaan masyarakat Minang dan sistem kehidupan yang berdasarkan Adat Perpatih. Keunikan adat perpatih ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah, amalan adat dan budaya seharian, dialek dan loghat percakapan serta masakan cili apinya. Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh sawah hijau, pokok-pokok palma, buah-buahan dan memiliki tali air yang jernih. Justeru, tidak hairanlah antara aktiviti utama pelancong yang mengikuti program ‘homestay’ di kampung ini antaranya Mengoca Ikan, Pesta Mengemping Padi, dan seumpama dengannya. Di sampingitu, terdapat juga perusahaan kecil dan sederhana seperti rotan, buluh dan mengkuang.

Kampung ini dibuka pada kurun ke 19 oleh sekumpulan peneroka.Nama ketua peneroka itu ialah Haji Hamzah dan isterinya bernama Tanjung. Mereka telah menanam sejenis pokok bernama SEMPUNEK di KUALA sebatang sungai yang arusnya mengalir terus ke Sungai Jempol. Singkatan sebutan KUA-LO dan dicantumkan dengan nama pokok SEMPU-NEK, maka dinamakan kampung ini “KAMPUNG LONEK”.
 
 

Alamat: No. 10, Kampung Lonek, Batu Kikir, 72100, Bahau, Negeri Sembilan.

Tel: 019 287 1410 / 012 - 397 3231

Faks: 06 498 4379

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

https://m.facebook.com/homestaylonek/

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia