jempol logo white

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

jempol logo white
Utama info-daerah Profil Daerah

Profil Daerah

PENGENALAN DAERAH JEMPOL

Daerah Jempol merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Daerah ini telah diwujudkan pada 1 Januari 1980 bertujuan untuk memperkemas pentadbiran daerah. Sebelum tahun  1980, daerah Jempol merupakan sebahagian daripada daerah Kuala P’ilah. Keseluruhan daerah ini  ialah 148,458.42 hektar dan merupakan daerah terbesar di dalam Negeri Sembilan. Daerah ini terbahagi kepada lima mukim iaitu Mukim Kuala Jempol, Mukim Rompin. Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Hilir dan Mukim Jelei . Sebahagian besar tanah di daerah ini adalah digunakan untuk pertanian getah dan perladangan sawit. Sehingga kini, dalam tempoh 30 tahun, daerah ini telah membangun dengan begitu pesat dan Kerajaan Negeri telah mensasarkan pentadbiran Kerajaan Tempatan daerah ini menjadi Majlis Perbandaran Jempol pada tahun 2018.

map jempol
Skip to content