PENGENALAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH JEMPOL

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol diwujudkan pada tarikh yang sama daerah Jempol diwujudkan. Sebelum tahun 1980, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil Bahau atau lebih sinonim dengan nama Pejabat Tanah Bahau (PTB) dan bangunan pejabat terletak di Bahau. Setelah daerah Jempol diwujudkan, bangunan pejabat di Bahau masih digunakan sehingga tahun 1988 apabila Bangunan Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol siap dibina di Bandar Seri Jempol (dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting).

Pejabat ini berperanan sebagai pejabat utama yang bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau semua pelaksanaan Dasar, Projek dan Program Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah. Peranan utama ini amat penting bagi memastikan impak pelaksanaan direalisasi dan seterusnya manfaat, kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh kumpulan sasar.

Selain itu, pejabat ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan tanah daerah meliputi pembangunan, pelupusan, pendaftaran, hasil dan penguatkuasaan. Tanah dan air merupakan satu-satunya sumber utama hasil Kerajaan Negeri dan pejabat ini komited untuk memastikan tanah di tadbir urus dengan cekap bagi memastikan kutipan hasil dapat dimaksimumkan.  

 

Disclaimer

Negeri Sembilan State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the user information obtained from this site.

Best viewed Mozilla Firefox version 43.0 above and minimum resolution 1024 x 768.

Privacy Policy | Security Policy | FAQ | Sitemap

 
3120186

Your IP: 103.21.45.204
2019-10-15 19:36
  • Tarikh Dikemaskini : Tuesday 15 October 2019, 04:27:21 PM.
  • Last Updated: Tuesday 15 October 2019, 16:27:21.

Contact Us

Secretary State Office of Negeri Sembilan,
Level 5, Block A, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my