KOD ETIKA JABATAN


Profesional
1. Mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.
2. Bertanggungjawab dan gigih dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dalam tempoh
masa yang ditetapkan, disamping menjamin kualiti.
3. Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan serta berkemampuan dalam menjalankan tugas
yang diamanahkan.
4. Integriti dari segi objektiviti, tidak berat sebelah dan tidak mementingkan diri.
5. Mempunyai ciri-ciri kreatif, bertoleransi, berdayasaing dan akauntabiliti.

 

Bekerja Sebagai Satu Pasukan
1. Bertindak ke arah satu visi.
2. Sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti Jabatan.
3. Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu, dan pengetahuan.
4. Sentiasa menjaga imej jabatan.
5. Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama dan saling hormat menghormati.

 

Kecemerlangan dan Berdaya Saing
1. Berusaha untuk melakukan yang terbaik.
2. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja.
3. Sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan dan kehendak pelanggan.
4. Berkeupayaan mempelajari pelbagai kemahiran (multiple skills) bagi menjalankan
pelbagai tugas (multiple tasks).


Berhemah dan Mesra Pelanggan
1. Jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalah gunakan kuasa
dan kedudukan.
2. Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama.
3. Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
4. Sentiasa tenang dan sabar untuk menyesuaikan diri dalam semua situasi.
5. Bersedia mendengar teguran dan kritikan.
6. Berbudi bahasa dan mengutamakan pelanggan .

 

Pembelajaran Berterusan
1. Bersedia untuk belajar dan berkongsi pengetahuan dengan pihak lain (knowledge
sharing).
2. Sentiasa mencari ruang untuk memaju dan meningkatkan kemahiran diri.
3. Sentiasa menggalakkan semua anggota supaya berusaha memajukan diri.
4. Sentiasa berusaha memupuk bakat individu.
5. Tidak segan untuk bertanya.

Disclaimer

Negeri Sembilan State Government shall not be liable for any loss or damage caused by the user information obtained from this site.

Best viewed Mozilla Firefox version 43.0 above and minimum resolution 1024 x 768.

Privacy Policy | Security Policy | FAQ | Sitemap

 
3120131

Your IP: 103.21.45.204
2019-10-15 19:30
  • Tarikh Dikemaskini : Tuesday 15 October 2019, 04:27:21 PM.
  • Last Updated: Tuesday 15 October 2019, 16:27:21.

Contact Us

Secretary State Office of Negeri Sembilan,
Level 5, Block A, Wisma Negeri,
Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban,
Negeri Sembilan. Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns[at]ns[dot]gov[dot]my