e-Penyertaan     Galeri      Muat Turun    Lokasi Menarik
  
Berita Terkini
Notis Kenyataan Sebutharga Berjaya
Pengumuman
Tender & Sebutharga 2020

Pengumuman

 Mahu Bayaran Cukai Tanah Secara Online ???

 sila scan QR code

images/icons/qrcukaionline.jpg

 ------------------------------------------------------------------

KADAR BAYARAN PENDAFTARAN HAKMILIK

Tender & Sebutharga 2020

 

Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol

PDJL.BP.600-2/1/1(51/52)

Tarikh Jualan           : 01 hingga 08  Oktober 2020

Lokasi Jualan            : Unit Pembangunan Fizikal,  Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol

 

-------------------------------------------------------------------------------------

Sesi Taklimat /Lawat Tapak :

Tarikh : 28 September 2020

Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dewan Sri Rompin, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol

Kenyataan Tawaran Kerja -  Perkhidmatan Pembersihan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Jempol, Negeri Sembilan (Mulai 1 Januari 2021 - 31 Disember 2022)

PDJL.BKP-400/2/10

 

 

Baca selanjutnya: Tender &...

2 September 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Jempol
27 Ogos 2020 - Ekspedisi Tawan Bukit Broyai, Berhulu Camp, Serting Ulu
27 Ogos 2020 - Sekitar Taklimat Train The Trainers kepada Penolong Pesuruhjaya & Penguasa Daerah Negeri Sembilan di Port Dickson
12 Ogos 2020 - PELUPUSAN KENDERAAN DAN PENDINGIN HAWA SECARA HADIAH KEPADA GIATMARA JEMPOL
10 Ogos 2020 - CORING TEST
6 Ogos 2020 - PELUPUSAN KENDERAAN SECARA HADIAH KEPADA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
6 Ogos 2020 - SEKITAR PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA MPKK - INFO ON WHEELS (IOW)
4 Ogos 2020 - PELANCARAN INFO ON WHEELS (IOW) MERDEKA DAERAH JEMPOL
17 Julai 2020 - Majlis Perjumpaan MPKK bersama Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

'Malaysia contoh terbaik tangani Covid-19' - Pfundheller 

 

LANGKAH kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak hampir dua bulan lalu yang membawa kepada penurunan jumlah kes jangkitan Covid-19 harian mendapat pujian seorang pencipta kandungan video dari luar negara.

Lelaki kelahiran Amerika yang dipercayai turut memegang profesion doktor gigi itu menghasilkan video menceritakan bagaimana Malaysia berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berbanding negara lain di Asia Tenggara.

 

Dustin Pfundheller menerusi videonya berkata, video itu dihasilkan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai kehebatan Malaysia menangani pandemik Covid-19 yang tidak begitu dilaporkan media massa.

"Ini adalah cerita mengenai sebuah negara di Asia Tenggara yang sering kali tidak diberi perhatian, Malaysia.

"Mac lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kes sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara lain di Asia Tenggara. Virus Covid-19 berada di setiap negeri dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia.

"Namun, apa yang menyedihkan adalah jangkitan bukanlah merebak melalui aktiviti hiburan atau rakyatnya berkelakuan teruk sebaliknya menerusi perhimpunan keagamaan.

"Ketika itu, rakyat Malaysia yang terbabit tidak sedar mereka sedang menyebarkan virus Covid-19 dan kerajaan bekerja keras menangani krisis yang melanda," katanya dalam video itu.

Bercerita lanjut, Pfundheller menzahirkan rasa kagum apabila Malaysia bertindak pantas dengan melaksanakan PKP yang bukan saja membabitkan sekatan jalan raya malah penganjuran majlis juga dilarang sama sekali selain sekolah dan perniagaan sektor bukan keperluan ditutup serta-merta.

Malah, beliau turut menyentuh inisiatif PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dikuatkuasakan khusus untuk kawasan yang mencatatkan sejumlah kes.

"Semua jenis perniagaan ditutup, jalan disekat, tiada sesiapa dibenarkan keluar dan masuk apa lagi meninggalkan kediaman masing-masing.

"Tetapi jangan risau kerana penduduk di kawasan yang terbabit dibekalkan makanan dan penjagaan kesihatan sewajarnya, dan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia mulai turun," katanya.

Meneruskan penceritaan, Pfundheller berkata, kira-kira empat minggu selepas PKP dilaksanakan di Malaysia, pada 14 April lalu, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina mula mengatasi Malaysia.

Beliau berkata, ia disusuli Indonesia pada hari berikutnya dan Singapura dua hari selepas itu.

"Singapura adalah negara yang jauh lebih kecil berbanding Malaysia dengan populasi lima kali lebih kecil namun kini ia (Singapura) merekodkan 15 kali ganda bagi jumlah kes jangkitan Covid-19 berbanding Malaysia.

"Malaysia adalah contoh terbaik bahawa kita semua boleh menangani wabak ini," katanya.

Mengakhiri video itu, Pfundheller menyentuh bagaimana Malaysia yang pada awalnya mencatatkan angka kes sangat tinggi mengambil langkah tepat dan drastik untuk menghentikan penularan.

"Hampir tiada media bercakap mengenai hal ini. Saya sendiri rasa bersalah apabila menghasilkan video mengenai 15 negara terbaik menangani Covid-19 tanpa menyenaraikan Malaysia sebelum ini.

"Sejurus kita sedar pada suatu masa mereka (Malaysia) pernah berada pada angka tiga kali ganda lebih teruk berbanding semua negara di Asia Tenggara dan sekarang mereka adalah antara yang terbaik, cerita mengagumkan ini perlu dikongsi," katanya.

Video Pfundheller dikongsi secara meluas oleh pelayar Facebook khususnya rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui terharu dan sebak ketika menontonnya.

 

Sumber : New Straits Times Press (M) Bhd

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia