Majlis Solat Jumaat Bersama Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol

 

Bandar Seri Jempol, 10 Januari 2020 - DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol bagi menunaikan solat jumaat bersama-sama masyarakat setempat pada 10 Januari 2020. Turut berangkat ialah YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz. DYMM Tuanku telah berkenan untuk bersantap bersama-sama ketua-ketua jabatan daerah Jempol dan masyarakat.

Majlis Solat Jumaat tersebut mendapat kerjasama yang jitu daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Jempol dalam memastikan kelancaran program. Pihak Pejabat Tanah dan Daerah Jempol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta berharap agar kerjasama yang erat sentiasa dapat diberikan dalam memastikan kesempurnaan majlis.

Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jempol juga merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku dan anakanda berdua ke Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol serta ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-72 pada 14 Januari 2020 kelak. Daulat Tuanku!

Galeri Gambar