Loud Speaker 512   PEMBERITAHUAN

PELANJUTAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER CUKAI TANAH PEJABAT DAERAH & TANAH JEMPOL
SEBAGAI LANGKAH MENANGANI PENULARAN COVID-19 Pada 31 Mac Sehingga 14 April 2020.

 




 -------------------------------------------------------------------------------

Mahu Bayaran Cukai Tanah Secara Online ???

 sila scan QR code

images/icons/qrcukaionline.jpg

images/icons/icon_new.gifKADAR BAYARAN PENDAFTARAN HAKMILIK

-------------------------------------------------------------------------------

Makluman Pendaftaran dan Pengemaskinian Kontraktor Daerah Jempol kini dibuka 

bagi kelas G1 & G2 untuk Tahun 2020

>> Sila muat turun di sini

>> Borang Pendaftaran

-------------------------------------------------------------------------------

Taklimat Ringkas - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

 Taklimat Geran - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

-------------------------------------------------------------------------------

TAWARAN KURSUS BAGI TAHUN 2020 DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Maklumat kursus yang ditawarkan boleh dilayari di laman web e-Kursus http://aplikasi5.ns.gov.my/ekursus Penyertaan bolehlah dibuat melalui laman web seperti yang dinyatakan.
-----------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Jempol

                    JUMLAH KUTIPAN CUKAI TANAH MENGIKUT DAERAH DI NEGERI SEMBILAN

Info Tender & Sebutharga

Tiada Tender/Sebutharga dibuka buat masa ini.

01 Februari 2020 - Pertandingan Futsal dan Bola Tampar Antara Pejabat Daerah dan Tanah Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
2 Mac 2020 - Perjumpaan Khas Pegawai Daerah Jempol, Tuan Syahrul Nizam bin Saleh bersama kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

Majlis Solat Jumaat Bersama Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol

 

Bandar Seri Jempol, 10 Januari 2020 - DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli berangkat ke Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol bagi menunaikan solat jumaat bersama-sama masyarakat setempat pada 10 Januari 2020. Turut berangkat ialah YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz. DYMM Tuanku telah berkenan untuk bersantap bersama-sama ketua-ketua jabatan daerah Jempol dan masyarakat.

Majlis Solat Jumaat tersebut mendapat kerjasama yang jitu daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Jempol dalam memastikan kelancaran program. Pihak Pejabat Tanah dan Daerah Jempol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta berharap agar kerjasama yang erat sentiasa dapat diberikan dalam memastikan kesempurnaan majlis.

Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jempol juga merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku dan anakanda berdua ke Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol serta ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas sambutan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-72 pada 14 Januari 2020 kelak. Daulat Tuanku!

Galeri Gambar

logo bm ns sprm bpa jpa msc   mampu spa

spr

mdec

malaysia